Search This Blog

Saturday, February 23, 2013

Jika Kau Tahu.....

Aku hanya seorang manusia biasa yang kadang kala memerlukan perhatian daripada seseorang. Selepas arwah papa meninggal, tak pernah lagi aku rasa happy sepertimana aku rasa happy mengenali seseorang yang aku sangat sayang. Tapi aku bukan lah seperti orang lain sebab aku ni pelik sikit, semakin aku menyayangi seseorang itu, semakin aku rasa malu untuk berdepan dengan  dia. Daripada dulu dah perasan dengan perangai sendiri tapi apakan daya aku tidak mampu untuk mungubah diriku kerana ini lah diriku. 

Cerita ku bermula dengan seseorang yang aku kenali masa bulan April. Aku senang dengan sikap dia yang open minded dan semangat dia bekerja.. Kadang kala aku rasa banyak persamaan aku dengan dia ,maka bermulalah perasaan untuk mengenali die dengan dekat. Setelah bebulan berfikir cara untuk lebih rapat dengan dia akhirnya aku rapat juga dengan dia.. aku anggap die seperti kakakku sendiri, dan juga mentor aku.. Aku senang bila menceritakan n share masalah aku dengan dia. tapi jujur, aku hanya rasa selesa  bila msg dengan dia tp bila berdepan aku sendiri kelu and kadang kala aku rasa aku buat die macam xwujud. aku tau dia terasa tapi apakan daya, aku sendiri xdapat mengawal sikap aku yang sejak azali. Tapi, jika kau tahiu ape dalam perasaan aku, pasti kau akan mengerti betapa aku telalu ingin jumpa kau kerana setiap kali aku lihat kau, aku rasa tenang je.

11 Januari, aku dikejutkan dengan sepotong ayat yang wat aku meleleh air mata " I dah antar resignation letter" .Apelah yang kau harap untuk aku ungkapkan, kerana mentor aku yang selama ini menjadi tulang belakang untuk stay sebagai auditor telah pergi meninggalkn aku. kenapa aku rajin bekerja sebab kau pernah kata, carilah seberapa banyak ilmu yang boleh dapat sepanjang bekeje sebagai auditor tapi hari ini kau pergi tinggalkan aku. Bermula daripada tarikh inilah, aku dengan dia sentiasa bergaduh. tak tak sah kalau sehari tak bergaduh, semuanye tak kene. Kadang kala aku bertanya, adakah aku yang bersalah tapi entahla.. mungkin ini pengakhiran satu keakraban persahabatan yang hanya baru tejalin tapi akhirnya goyah juga. Adakah aku tidak bertahan? tapi banyak aku yang mengalah sehingga kadang kala diri ku terluka. 

Perkara yang paling menyentuh perasaan aku, bila dia tanya " napa u sayang i ye?, kita hanya kenal dua bulan je, u keja dengan i bukannya lama mana dan u bukan rapat dengan i pun" " napa u nangis bila i resign ye, pelik la, kalau orang lain yang keje dengan i dah setahun menangis tak pela, ini u, baru dua bulan, napa u sedih sangat"... tersentuh hati ku sampai lah sekarang, adakah dia lupa atau dia buat2 lupa pun aku tak tahu yang dah banyak benda antara aku dengan die dah share, kalau aku tanya lebih,pasti kena marah dan akhirnya begaduh lagi. Sampaikan hari ini, aku masih bertahan untuk beralah kerana ku tahu tiada lagi peluang untuk aku jumpa die selepas ini. Semua kata-kata daripada dia, aku terima seadanya kerana aku tahu, tak akan ada peluang selepas ini untuk aku jumpe dia. Biarlah aku bertahan, biarlah aku ketawa dan tersenyum didepan dia bila group2 kitorang berkumpul kerana aku tak nak perkara ini menyebabkan group kitorng berpecah.

Sampai lah di hari terakhir dia di ofis ada 22 Februari, aku hanya mampu memandang dia tanpa mampu berkata apa2 kerana aku tahu di mana letaknya diri aku untuk pada diri dia. Aku hanyalah junior dia yang hanya dua bulan saja bekeja dengan dia dan di saat teakhir ini, biarlah aku dapat simpan memori itu dalam diri aku kerana aku tak akan mungkin dapat peluang untuk berjumpe dengan dia. Tapi JIKA KAU TAHU BETAPA AKU MENYAYANGI KAU SEBAGAI SAHABAT AKU PASTI KAU  TAHU BETAPA PEDIHNYA MENAHAN SUATU PERASAAN ITU. 

Biar bermula daripada hari ini, aku berdoa ke hadrat Illahi agar aku dapat mampu melupakan dia kerana aku sangat terseksa dengan perasaan yang aku alami sekarang ini. Hati ini sangat terluka tapi jujur Jika suatu hari kau tahu tentang perasaan ini,  tahu lah kau bahawa aku masih sayang kan kau sebagai kakakku, kawanku, mentorku.

No comments:

Post a Comment